Posts

Showing posts from September, 2017

[MAKLUMAN KESELAMATAN]

Pemeriksaan Polis Terhadap Pelajar Wafidin Pihak HISBAH telah menerima maklumat daripada beberapa sumber  mengenai  pemeriksaan polis terhadap pelajar-pelajar khususnya wafidin pada harini.  Pemeriksaan ini selaras dengan Fasa Darurat yang diisytiharkan oleh pihak Kerajaan Mesir beberapa bulan yang lalu. Berikutan itu, pihak HISBAH BKAWM memperingatkan ahli supaya : 1. Mempunyai passport, kerneh pelajar dan visa yang hidup. 2. Tidak keluar rumah melainkan disebabkan perkara yang penting walaupun mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap. 3. Menyimpan bahan-bahan sensitif serta barangan yang mendatangkan syak wasangka terhadap pihak polis 4. Segera memperbaharui visa masing-masing bagi yang telah tamat tempoh dan mengambil segera jika passport dan visa telah siap diperbaharui. 5. Memberi kerjasama terhadap pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. 6. Sentiasa daftar keluar daripada mana-mana akaun laman sosial seperti Facebook dan lain-lain. 7. Jika rumah anda diserbu masuk

[KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2017/2018 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah. Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2017. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan BKAWM yang akan datang. Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."

[RISALAH IQTISODIAH BIL 03 : BOIKOT : ANTARA REALITI DAN KONTROVERSI]

Image
Boikot: Antara Realiti dan Kontroversi Muhammad Ilman bin Abdul Razak Siri 03 Sejauh Mana Implikasi Kepada Israel? Bagi menilai keberkesanan boikot, seharusnya kita melihat kepada kesannya terhadap status ekonomi Israel dan sejauh manakah ianya mempengaruhi pendirian Israel di dalam proses perjanjian damai dan tindakan ketenteraan. Pendapatan negara haram Israel sejumlah besarnya adalah daripada aktiviti eksport. Sebarang gangguan dan sekatan pada capaian pasaran luarnya, secara sedikit sebanyak akan mengganggu gugat pendapatan negaranya. Apabila, gerakan boikot pada hari ini berterusan dan semakin mendapat sambutan, kesan terhadap Israel semakin ketara. Kegusaran Israel terhadap implikasi gerakan boikot ini juga terzahir melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Jun 2014 oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengklasifikasikan Kempen BDS ini sebagai ancaman yang terancang kepada Israel. Begitu juga jika dilihat kepada kenyataan

[ISU SEMASA : MUSLIM DI ROHINGYA CEDERA]

Image
30 Ogos 2017, Myanmar -  Hasil data daripada satelit menunjukkan kawasan api marak di sekitar Wilayah Rakhine sekurang-kurangnya 10 kawasan berikutan aktiviti ketenteraan keatas populasi muslim Rohingya di negara itu. Para aktivis dan penduduk menuduh pihak tentera menembak secara rambang kepada penduduk Rohingya yang tidak bersenjata dan mencetuskan kebakaran dengan sengaja. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar menyatakan bahawa "pengganas ekstremis" yang telah menyebabkan kebakaran tersebut hasil daripads pertempuran dengan pihak tentera. Di pihak yang lain pula, pada selasa lepas Perdana Menteri Thailand mengatakan negaranya bersedia menerima pelarian Rohingya. Setiap yang berlaku adalah ujian daripada  Allah kepada mereka yang mengalaminya, dan satu pengajaran bagi mereka yang melihat. Kita hendaklah sentiasa mengeratkan sifat ukhuwah sesama muslim dan berilah bantuan semampunya walau hanya dengan setulus doa. Disediakan oleh, Unit Wilayah Multimedia Centre (WI