[BERITA : IHTIRAM '17 DAN SALAM '17]



KAHERAH 27 Mei - 25 Jun 2017 : Alhamdulillah syukur di atas nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah SWT dapat lagi kita melalui 2 fasa penting sebagai orang muslim iaitu bulan Ramadan juga merupakan bulan tarbiah seterusnya hari kemenangan Aidilfitri yang baru sahaja disambut beberapa hari sebelum ini. Oleh yang demikian, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 tidak terlepas juga untuk meraikan 2 fasa penting ini dengan mengadakan program bagi menghidupkan bulan- bulan ini.



Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 (IHTIRAM '17) merupakan program yang diadakan khusus untuk bulan Ramadan yang mulia ini. Dengan objektif menyemarakkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul dalam kehidupan serta meribat ukhuwah dan tali kesatuan, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah tadarus al-Quran, Masjid Hopping, Iftar Mahabbah bersama Keluarga Penuntut - Penuntut Terengganu (KPT) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK), Majlis Tahlil, Syantah Ramadan, Maidah Rahman serta majlis Khatam al-Quran. Di samping itu, program kali ini juga menekankan aspek thaqafah dan kemahiran ahli dengan mengadakan Diskusi Kitab dan kelas kemahiran Khat. Semoga aktiviti yang dilakukan dapat menjadikan Ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

Seterusnya, program diteruskan dengan Salam Lebaran Aidilfitri 2017 (SALAM '17) setelah berjaya menempuh bulan tarbiah selama 30 hari. Program yang bermula pada 1 syawal ini dimulakan dengan solat sunat Aidilfitri beramai - ramai di masjid Musa, Hayyu Sabie. Seusai solat sunat hari raya Aidilfitri, ahli BKAWM disajikan dengan tazkirah dhuha yang disampaikan oleh saudara Nik Mohamad Azahari bin Nik Salleh. Menjelang hari kedua perayaan, pelbagai aktiviti dilakukan antaranya pertandingan Bake-off Aidilfitri dan Lensa Salam '17 Terbaik serta gotong-royong bagi Majlis Jamuan SALAM '17 khusus untuk anak-anak Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM).
Tibanya hari yang dinantikan iaitu Majlis Jamuan Salam Lebaran Aidilfitri 2017 (SALAM '17) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Program bermula dengan majlis penutupan Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 (IHTIRAM '17) dan Salam Lebaran Aidilfitri 2017 (SALAM '17). Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan nasyid dan penyampaian hadiah untuk pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan. Seterusnya, ahli disajikan dengan juadah raya seperti nasi impit, rendang, kuah kacang dan pelbagai lagi.


Akhirnya, harapan agar  program yang dijalankan serba sedikit dapat menghilangkan rasa rindu terhadap kampung halaman di samping mengeratkan lagi tali silaturahim sesama ahli. Akhir kalam, satu pepatah arab mengatakan:

"ليس العيد من لبس الجديد، إنما
العيد من طاعته تزيد "
"Bukanlah perayaan itu bagi sesiapa yang berpakaian baru tetapi sesungguhnya perayaan itu bagi sesiapa yang bertambah ketaatannya kepada Allah SWT"

Sekian.

Disediakan oleh,
Setiausaha,
IHTIRAM '17,
dan SALAM '17,
BKAWM sesi 2016/2017

"Tarbiah Ramadan Dihayati, Takwa Ilahi Dikecapi"
"Syawal Disyukuri, Lebaran Dirasai"
"Menjulang Thaqafah, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"



Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]