[ BERITA: JAULAH SOIFIYAH FAYOUM (SAFI '16) ]



KAHERAH, 21 Ogos 2016- Bersempena cuti semester musim panas, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Jaulah Soifiyah Fayoum 2016 (SAFI ‘16) khusus untuk siswi. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 yang lalu dengan bertemakan "Jaulah Menelusuri Ibrah". Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaanNya, serta menambah ilmu dan meluaskan pengetahuan ahli dalam sejarah melalui tempat yang dilawati. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang serta memanfaatkan waktu cuti, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM khususnya dengan ahli baru.

      Antara tempat yang telah dilawati oleh para peserta ialah Tasik Qarun, iaitu tasik ketiga terbesar di Mesir yang mana, disitulah Allah SWT menenggelamkan Qarun beserta harta kekayaannya. Kemudian, para peserta telah dibawa untuk melawat ke Istana Qarun yang terletak di pinggir Tasik Qarun dan hampir 40km dari bandar Fayoum. Jaulah diceriakan lagi dengan lawatan ke Wadi ar-Rayyan, satu-satunya air terjun yang terdapat di Mesir. Di sini, telah diadakan sedikit aktiviti outdoor secara berkumpulan.

      Berakhinya program Jaulah Soifiyah Fayoum (SAFI ’16) dengan lawatan ke kincir air nabi Yusuf AS yang berusia lebih dari 4000 tahun dan telah digunakan sejak zaman Nabi Yusuf AS lagi bagi mengairi kawasan Fayoum dengan air Sungai Nil.

     Semoga dengan adanya jaulah ke Fayoum ini dapat memberi manfaat dan dijadikan sebagai iktibar di dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang hamba Allah SWT.


"Jaulah Menelusuri Ibrah"
"Memperkasa Kefahaman, Meneguh Kebersamaan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]